1. Setiap permohonan unit iM@JaPen di Negeri-negeri atau daerah, hendaklah dibuat melalui Ibu Pejabat Negeri sahaja. Hubungi wakil Pegawai Perhubungan Awam Negeri atau Penyelaras Media Negeri bagi kemasukan data permohonan unit iM@JaPen;
2. Keutamaan permohonan akan diberikan kepada program yang dihadiri oleh YAB Perdana Menteri, Menteri Besar / Ketua Menteri dan YB Menteri KKMM;
3. Permohonan unit iM@JaPen hendaklah dibuat 7 hari bekerja (termasuk sabtu & ahad) awal dari tarikh program;
4. Sekiranya berlaku perubahan / pertukaran / penundaan tarikh program, perlu dimasukkan pengemaskinian ke dalam sistem dalam tempoh 3 hari bekerja (dari tarikh program sebenar);
5. Penyelarasan bagi program tambahan / program sampingan perlu dimaklumkan kepada pihak Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK); dan
6. Permohonan bagi program / lokasi tambahan perlu dibuat melalui sistem. Permohonan program tambahan ini tertakluk dengan persetujuan daripada pihak pengurusan tertinggi.
Maklumat Penting - permohonan tertakluk kepada kekosongan jadual pergerakan unit iM@JaPen.
Sebarang pertanyaan lanjut atau masalah, laporkan melalui :
Penyelaras: Shamalaruban A/L Suppaiah
Bahagian Media dan Komunikasi Korporat
Jabatan Penerangan Malaysia
No. Tel: 03 - 8911 7365 / 011-1177 1765